Assalamualaikum. Ain nak cerita pasal kucing Ain. Boy dan Baby. Comel kan nama diorang? haha. Sekarang ni, kucing Ain, Boy tengah sakit kaki. Kesian .. Susah nak berjalan. Daripada kucing yang lasak dan aktif tiba - tiba jadi lumpuh macam tu memang kesian. Nak tunggu dia sihat memang makan masa. Sekarang Baby tengah mula nak mengawan ~ | >w< | ~ Wah!! Comel betul ! haha.
Oh ya! Ahad minggu ini, Ain nak panjat bukit Broga bersama classmate Ain. Wah ~ Tak sabarnya~ Memang excited. Mak dah bagi kebenaran tapi tinggal minta izin ayah. Hmm. Takut nak tanya. Kalau tak boleh pergi macam mana? Huhu. :( Kempunan nak keluar dengan kawan - kawan Ain. Fuhh. Ain memang dah lama tak keluarkan peluh ni ~ OMG \ >.< / haha
Result PMR kemungkinan akan keluar pada 26 Disember. Tapi tak taulah sebab member Ain yang bagitahu Ain. Hmm. Tak pasti. Tapi memang tak sabar rasanya nak ambik result. HuaHua.. Berdebar sangat sampai tak tahan >.< Huhu. Kawan - kawan Ain sekua takut dan kalau boleh tak nak ambik result. Ain takut juga tapi terlalu takut sampai tak tahan nak ambik result. Tak sanggup nak tunggu dah. Huhu. Apa lah Ain ni kan? Haha. Bila dah meningkat umur ni, kena pula fikir pasal masa depan. Tingkatan 4. Masa untuk menentukan kerjaya kita pada masa hadapan. Ain memang takut. Kalau boleh cuba lah beri nasihat pada Ain. Ain memang agak takut untuk jangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mampukah Ain hadapi semua cabaran yg lebih susah? Mampukah Ain bawa subjek? Mampukah Ain berubaha? Semua itu Ain tertanya - tanya. Tapi, InsyaAllah AIn boleh. :) Ok. Sampai sini sahaja. Nak masak nasi ~ Bye! Assalamualaikum ! \ >~</
No comments:
Post a Comment