Sunday, 26 May 2013

Menantu Ngali a.k.a Capital A

          Assalamualaikum. Second post for the day.
Kalau ada baca entri Ain pasal crush yang sebelum ni, tahulah. Hmm. Dah lama Ain minat dia ni. Crush. Satu perkataan yang memang semua orang dah tahu. Haha. Dia sebelum ini couple dengan budak lain. Ain agak sedih dan agak kecewa. Hmm. Dia tahu Ain suka dia tapi Ain tak pernah bagitahu dia. Dia tahu tapi dia tak pernah pandang Ain. Apa Ain pada dia? Kawan tapi mesra? Ain agak terseksa. Kawan Ain cakap lepaskan saja dia. nanti Ain yang sakit. | !____! | Ain dah mula rasa sakitnya. Tapi macam mana? Ain tak boleh buat apa.
           Sekarang dia single. Dia ramai peminat. Kakak Form4 pun suka dia. Ain tak terkata. Syahmi kata dia memang macam tu. Tapi, sejak kebelakangan ini, Syahmi kata dia berubah. Really? Sungguh Ain tak percaya. Kenapa dia berubah? Macam mana dia berubah? Ain memang dah lama tak berhubung dengan dia. Hari itu, di Facebook, masa kami chat, dia tiba - tiba cakap kat Ain " Apa kau!! " Ain sentap. Sentap. Sedih. Terkejut. Kenapa buat macam tu kat Ain? Kemudian, esoknya, Ain agak bengang dan boleh buat bodoh bila nampak dia! Memang agak menakjubkan. Biasanya Ain kalau nampak dia mesti segan, nak lari. Tapi hari itu, Ain berani je. Buat bodoh macam tak nampak dia. Kawan Ain cakap dia tengok Ain lain macam sikit. Ain tak kisah. Sekarang, Ain hanya ingin tumpu pada PMR yang sudah semakin dekat. Dia akan Ain simpan dalam lubuk hati AIn sahaja. InsyaAllah , kalau ada jodoh, kami bersatu. Allah boleh bantu Ain.Sejujurnya , Ain memang masih suka dia. Tapi ramai suka dia. Ain akan mengalah. Jodoh itu semua Allah dah tentukan sejak azali lagi. Kalau ada jodoh, Ain pasti bersatu dengan dia suatu hari nanti . InsyaAllah.

 End Of The Post. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment