ASSALAMUALAIKUM.
Sememangnya macam dah macam bertahun Ain dah tak sentuh blog Ain yang berhabuk ni. Alhamdulillah Ain dah selesai edit blog Ain. Dengan bantuan Nurin a.k.a Cik Qila punya blog. Haha. Kawan Ain tu.Seronok sangat edit blog sampai tak ingat masa dah lewat petang. Ain pun terkejut. \ 0.0 / haha.
Kawan - kawan, Ain tahun ni nak PMR. Hmm. Memang dah dekat sangat tarikh PMR. | >.< | Markah ujian Ain memang sangat tidak memberangsangkan. Mak sangat kecewa dengan Ain. Ain yang banyak main. Malas belajar. Mestilah mak marah kan? Percubaan bulan 7. Ya ALLAH takutnya Ain. Selepas cuti penggal ujian KKQ. Wah memang sangat takut. Ain boleh dapat keputusan cemerlang? InsyaALLAH :)
Straight A. Hmm. memang itu yang dihajatkan oleh Ain. Tapi kalau macam ini gayanya, macam susah Ain nak dapat. Semua cikgu kecewa dengan Ain dan kawan - kawan kelas KAA Ain. Yelah. Keputusan kami teruk sangat. Kami minta maaf cikgu. Ain rasa macam nak menangis. Ain susah nak bagitahu mak keputusan peperiksaan Ain. Hmm
PMR bulan 10. Sekejap saja dah nak PMR. Sebelum ni rasa macam lama lagi. Ain baru nak bangkit daripada tidur AIn yang lama tu. Baru nak belajar betul - betul. Apa yang Ain buat selama ini? Sedih sangat.
Hmm. Sampai sini saja isi yang pertama Ain. Hari ini, Ain nak kongsi sampai 2 - 3 isi hati Ain.
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment