Tuesday, 22 October 2013

Kucing. Future. Result. Frust.

                      Assalamualaikum. Ain nak cerita pasal kucing Ain. Boy dan Baby. Comel kan nama diorang? haha. Sekarang ni, kucing Ain, Boy tengah sakit kaki. Kesian .. Susah nak berjalan. Daripada kucing yang lasak dan aktif tiba - tiba jadi lumpuh macam tu memang kesian. Nak tunggu dia sihat memang makan masa. Sekarang Baby tengah mula nak mengawan ~ | >w< | ~ Wah!! Comel betul ! haha.
                     Oh ya! Ahad minggu ini, Ain nak panjat bukit Broga bersama classmate Ain. Wah ~ Tak sabarnya~ Memang excited. Mak dah bagi kebenaran tapi tinggal minta izin ayah. Hmm. Takut nak tanya. Kalau tak boleh pergi macam mana? Huhu. :( Kempunan nak keluar dengan kawan - kawan Ain. Fuhh. Ain memang dah lama tak keluarkan peluh ni ~ OMG \ >.< / haha
                       Result PMR kemungkinan akan keluar pada 26 Disember. Tapi tak taulah sebab member Ain yang bagitahu Ain. Hmm. Tak pasti. Tapi memang tak sabar rasanya nak ambik result. HuaHua.. Berdebar sangat sampai tak tahan >.< Huhu. Kawan - kawan Ain sekua takut dan kalau boleh tak nak ambik result. Ain takut juga tapi terlalu takut sampai tak tahan nak ambik result. Tak sanggup nak tunggu dah. Huhu. Apa lah Ain ni kan? Haha. Bila dah meningkat umur ni, kena pula fikir pasal masa depan. Tingkatan 4. Masa untuk menentukan kerjaya kita pada masa hadapan. Ain memang takut. Kalau boleh cuba lah beri nasihat pada Ain. Ain memang agak takut untuk jangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mampukah Ain hadapi semua cabaran yg lebih susah? Mampukah Ain bawa subjek? Mampukah Ain berubaha? Semua itu Ain tertanya - tanya. Tapi, InsyaAllah AIn boleh. :) Ok. Sampai sini sahaja. Nak masak nasi ~ Bye! Assalamualaikum ! \ >~</

Assalamualaikum. After PMR

                Assalamualaikum. Alhamdulillah Ain dah habis PMR. Sebenarnya dah lama tapi Ain lambat blogging. Hmm. Tak sempat. Anyway, memang seronok kat sekolah. Jumpa kawan - kawan semua dan kembali ke dunia novel. Haha \ ^_^ /  WeeHee~ haha. Ain baru sahaja lepas edit blog sikit~ Letak new music player dan Ain nak minta maaf dan bagitahu rakan - rakan semua bahawa SCM Music Player AIn sebenarnya ada masalah teknikal. So, Ain harap semua pause SCM tu sebelum meneruskan bacaan di Blog Ain. Ain ada letak player music yang baharu. Piano ver. Tau tak lagu apa? Exo - Baby don't cry. Lagu ni sedih dan menenangkan. Ain suka sangat lagu ni. \ 6_6 / wah ~ ( >_< ) Ain dah mula minat EXO sikit - sikit. hehe. Tu je. Ada masa Ain post lagi new entry. Kawan - kawan semua jangan lupa jenguk blog Cik Qila aka Nurin sebab blogger ni classmate Ain dan Ain edit blog Ain ikut tutorial Blog dia. Jadi jemput jenguk ! ^^


 EXO ~ EXO ! :D Ini anime version. ^^

Sunday, 26 May 2013

The We, KAA Girls :D

 Assalamualaikum ! AIn nak share gambar kawan - kawan Ain ! AIn ciplak gambar - gambar ni dari kawan AIn. Hehe. :D
     
 KAA !! \ >.< /


  From left ; Farihah, Ayiesh and Mirah

 Cik Qila & Mirah

Menantu Ngali a.k.a Capital A

          Assalamualaikum. Second post for the day.
Kalau ada baca entri Ain pasal crush yang sebelum ni, tahulah. Hmm. Dah lama Ain minat dia ni. Crush. Satu perkataan yang memang semua orang dah tahu. Haha. Dia sebelum ini couple dengan budak lain. Ain agak sedih dan agak kecewa. Hmm. Dia tahu Ain suka dia tapi Ain tak pernah bagitahu dia. Dia tahu tapi dia tak pernah pandang Ain. Apa Ain pada dia? Kawan tapi mesra? Ain agak terseksa. Kawan Ain cakap lepaskan saja dia. nanti Ain yang sakit. | !____! | Ain dah mula rasa sakitnya. Tapi macam mana? Ain tak boleh buat apa.
           Sekarang dia single. Dia ramai peminat. Kakak Form4 pun suka dia. Ain tak terkata. Syahmi kata dia memang macam tu. Tapi, sejak kebelakangan ini, Syahmi kata dia berubah. Really? Sungguh Ain tak percaya. Kenapa dia berubah? Macam mana dia berubah? Ain memang dah lama tak berhubung dengan dia. Hari itu, di Facebook, masa kami chat, dia tiba - tiba cakap kat Ain " Apa kau!! " Ain sentap. Sentap. Sedih. Terkejut. Kenapa buat macam tu kat Ain? Kemudian, esoknya, Ain agak bengang dan boleh buat bodoh bila nampak dia! Memang agak menakjubkan. Biasanya Ain kalau nampak dia mesti segan, nak lari. Tapi hari itu, Ain berani je. Buat bodoh macam tak nampak dia. Kawan Ain cakap dia tengok Ain lain macam sikit. Ain tak kisah. Sekarang, Ain hanya ingin tumpu pada PMR yang sudah semakin dekat. Dia akan Ain simpan dalam lubuk hati AIn sahaja. InsyaAllah , kalau ada jodoh, kami bersatu. Allah boleh bantu Ain.Sejujurnya , Ain memang masih suka dia. Tapi ramai suka dia. Ain akan mengalah. Jodoh itu semua Allah dah tentukan sejak azali lagi. Kalau ada jodoh, Ain pasti bersatu dengan dia suatu hari nanti . InsyaAllah.

 End Of The Post. Assalamualaikum.

PMR is coming.

                     ASSALAMUALAIKUM.
      Sememangnya macam dah macam bertahun Ain dah tak sentuh blog Ain yang berhabuk ni. Alhamdulillah Ain dah selesai edit blog Ain. Dengan bantuan Nurin a.k.a Cik Qila punya blog. Haha. Kawan Ain tu.Seronok sangat edit blog sampai tak ingat masa dah lewat petang. Ain pun terkejut.   \ 0.0 / haha.
        Kawan - kawan, Ain tahun ni nak PMR. Hmm. Memang dah dekat sangat tarikh PMR. | >.< |  Markah ujian Ain memang sangat tidak memberangsangkan. Mak sangat kecewa dengan Ain. Ain yang banyak main. Malas belajar. Mestilah mak marah kan? Percubaan bulan 7. Ya ALLAH takutnya Ain. Selepas cuti penggal ujian KKQ. Wah memang sangat takut. Ain boleh dapat keputusan cemerlang? InsyaALLAH :)
      Straight A. Hmm. memang itu yang dihajatkan oleh Ain. Tapi kalau macam ini gayanya, macam susah Ain nak dapat. Semua cikgu kecewa dengan Ain dan kawan - kawan kelas KAA Ain. Yelah. Keputusan kami teruk sangat. Kami minta maaf cikgu. Ain rasa macam nak menangis. Ain susah nak bagitahu mak keputusan peperiksaan Ain. Hmm
        PMR bulan 10. Sekejap saja dah nak PMR. Sebelum ni rasa macam lama lagi. Ain baru nak bangkit daripada tidur AIn yang lama tu. Baru nak belajar betul - betul. Apa yang Ain buat selama ini? Sedih sangat.
Hmm. Sampai sini saja isi yang pertama Ain. Hari ini, Ain nak kongsi sampai 2 - 3 isi hati Ain.

 Assalamualaikum :)

Saturday, 10 November 2012

Assalamualaikum. long Time No See

Assalamualaikum. Dah lama tak bloggie :) Rindu~ Agak2nya dah berapa lama? Entahlah.
Sekarang ni tengah cuti sekolah. Cuti akhir tahun tau! Hehe. markah exam belum keluar lagi.Takut tau tak! >.<
Act, 7 bulan yg lepas, saya ada crush kat seseorang ni. Dia sangat popular dengan budak perempuan. Ramai gila minat dia. Hmm. nak buat mcm mana. Dia tu mcm lembut sikit. Farah panggil dia pondan. Haha! Semua memB kelas aku tau. Diorang sakat aku kalau nampak dia.Malu tau tak!! hehe. syuka shangat~ * >.<* 
Kelas dia act sebelah kls aku je. Tapi next year tak tau lah. :(Hurm.. Harap2 kelas sebelah-menyebelah lagi. Farah dgn Ama ckp mungkin dia suka aku. Tapi aku rasa tak lorh ==' Mengong betul diorang tu.
Wah!! Rindu betul kat diorang bila ckp pasal ni. :( Huhu..
For me, He's perfect. He's really great :) Dia baik tau! But, he'll never like me .Lagipun aku nak fokus belajar je! Masih sekolah buat apa nak berChenta? Belajar je lah! PMR dgn SPM tak lepas lagi! Chaiyok for PMR next year Ain :))

*
I Mishh Him <3 so muchh you know? *

Friday, 20 July 2012

Ramadhan Mubarak kembali lagi :))

Assalamualaikum kawan2 semua!! Sudah berbulan-bulan kita tak blogger kan?? haha.. sebab tak de masa lah guys.. sibuk sgt dgn sekolah.. My twitter pon x sentuh lama dah ^^ But friends! Today is the beginning of Ramadhan. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kita semua masih lagi berpeluang untuk berpuasa pada Ramadhan kali ini. Alhamdulillah :))  Sebelum ni kan, kita asyik ingat raya je.. sekarang ingat PUASA.. betapa nikmatnya RAMADHAN ini. kepada pembaca semua, selama berpuasa dan maafkan segala salah dan silap saya terhadap semua tau! 

                                                   ASSALAMUALAIKUM
                                                                                          DAN
                                                    SELAMAT BERPUASA <3